PANDUAN


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS
Bidang Tugas:
  1.  Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar,
  2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
  3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
  4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
  5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada guru Besar terlebih dahulu.
  6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
  7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
  8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
  9. Menguruskan pengagihan buku yang dibeli oleh murid.
  10. Membantu Guru Besar, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa.
  11.  Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
  12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
  13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
  14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
  15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
  16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
  17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
  18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
  19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
  20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
  21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.





TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN

1.      Datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2.      Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3.      Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4.      Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5.      Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6.      Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah
7.      Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.
8.      Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9.      Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10.  Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11.  Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12.  Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, Perkara-perkara yang dicatat ialah:
a.      kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b.      murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c.      lawatan / pelawat
d.      ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e.      laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
f.        Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
g.      Perhimpunan
h.      Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
i.        Memastikan pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
j.         Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.